..Story From MissZ T_E...

..Story From  MissZ  T_E...

Wednesday 23 March 2011

KENANGAN SEMALAM..

Entah kenapa, sehingga ke saat ini aku masih gagal untuk melupakan dia.
Malah kadangkala rasa rindu tetap bertandang tanpa segan,tanpa di undang
bertahun -tahun kenangan ini telah berlalu..
tapi  aku  masih begini, bersama kenangan yang menyakitkan..

kadang-kadang aku sesali pada sebuah pertemuan.
aku sesali tindakan aku dalam mencipta angan impian sendiri.
cuba menyulam kasih dengan benang yang rapuh dan jarum yang patah.

Aku tahu ia tidak mungkin.
tapi kini aku cuba kerana percaya pada diri sendiri.
kini aku bersedia menerima padahnya.
kini aku tahu bahawa aku terjerat dengan perangkap yang aku pasang sendiri.

KETIKA..

bercerita mengubati luka..

Dan...

ketika budi ku
menjadi laut kerelaan
dingin malam itulah kesetiaan ku..

Dan..

ketika pula
budiku menjadi puspa kemboja
ku ingin engkau mencium
kelopak pengorbananku..

Dengan apakah lagi
ingin ku menjadi
kerana diriku adalah
seorang

pERINDU..........

Friday 18 March 2011

DIA WANITA YANG AKU KAGUMI

Dia seorang wanita yang tabah,tabah mengharungi dugaan yang mendatang.Tidak pernah sesekali pun dia mengeluh kerana kepenatan.Dia mengharungi onak berliku dengan penuh ketabahan.semenjak dia kehilangan suami nya,dia lah yang membesarkan anak-anaknya..Disiang hari dia menghempaskan tulang empat kerat nya untuk memberikan sesuap nasi untuk anak-anak nya..Di siang hari dia kepenatan,di malam hari pula dia kehausan. Tiada siapa yang pernah mengerti akan penat lelah nya selama ini..jari jemarinya yang dahulu lembut, kini menjadi kasar. dahi nya yang dahulu licin kini mula berkedut.

hanya  air mata yang membasahi pipi ku tiap kali aku mengenangkn pengorbanan ibu terhadap diri ku..aku sentisa mendoakn agar ibu di panjang kn umur.Ya Allah andai kata suatu hari aku sudah berjaya Aku ingin membalas semua jasa-jasa dan pengorbanan ibu selama ini.Biar lah ibu pula yang merasai kasih sayang dan pergorbanan ku untuk diriya..Akhir kata-kata ku ini buat ibu..Dia lah idola ku..dia lah satu-satunya insan yang teramat berti buat diri ku...Dulu kini dan selamanya dia lah wanita yang amat aku kagumi..