..Story From MissZ T_E...

..Story From  MissZ  T_E...

Monday 21 November 2011

Tuhan Tolong jaga kan dia untukku !

Tuhan ,
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya ,
Mungkin juga aku tidak indah di mata nya ,
Tolong , Jagakan dia untukku . .

Tuhan ,
Aku terlalu jauh untuk melihat dia ,
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia ,
Tapi dalam hati , Hanya KAU yang tahu , seberapa dekat dia di hati . .

Tuhan ,
Berikanlah dia kesihatan ,
Kurniakan lah dia kegembiraan ,
Agar aku juga turut senang melihat nya kelak , Andai KAU izinkan .

Tuhan ,
Dalam hati , hanya KAU yang mengerti ,
Rasa sakit , rasa rindu ,
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk dia . .

Tuhan ,
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia,
Kau pudarkan lah rasa ini , rasa yang ada dalam hati ,
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal  . .

Tuhan ,
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia ,
Kau pertemukanlah mereka segera , Dan bukalah mata hati ku
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . .

Tuhan ,
Begitu sukar menahan perasaan ini ,
Perasaan yang terpaksa didiamkan , ditahankan ,
Sesak setiap kali memikirkan nya , Tapi apa lah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU


Tuhan ,
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia
KAU lindungilah dia , KAU jagalah dia untukku ,
Itu cukup buat aku rasa lega dan senang . .

Itu cukup buat aku bahagia untuk terus pergi dari hidupnya . KAU permudahkanlah urusannya , agar dia disenangi kelak , agar dia menjadi insan yang berguna untuk keluarga , agama , dan bangsa , agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya .
Itu cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung .

Friday 18 November 2011

Aku Mahu Seperti Itu


Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang bisa kau rindu
Selalu tanpa jemu

Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang selalu kau mahu
Tanpa ada sekilas ragu



Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang memang kau perlu
Dalam melalui susur harimu

Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang menenangkan jiwamu
Saat resah mendesakmu
Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang menyejukkan hatimu
Tika amarah membakarmu

Jujur, aku cuma mahu itu. .

Tiada Lagi



Disaat awak minta saya jangan sayangkan awak lagi 
Nadi jantung saya bagai terhenti
Saya tak pasti
Apakah mampu saya nanti 
Menjalani hari tanpa awak lagi
Sunyi . .
Sepi . .


Tiada lagi senda gurau awak menghiasi
 Tiada lagi ucapan selamat pagi
 Tiada lagi permintaan berjumpa kita dalam mimpi


 Pergilah. . .
Kalau awak mahu pergi
Bahagia awak. .
Bahagialah saya di sini. .
Untuk segala rasa yang kita pernah lalui
 Jadikan saja kenangan di sudut hati 
Andai nanti awak merindui
Begitu lah juga saya di sini. . .

Dari Sudut Hati Ini


Jauh di sudut hati ini

Tidak ingin sekali kau terluka

Dengan susunan tintaku bergerigi

Apatah lagi tercalar dihati

Agar dapat kau gurindamkan

Dengan senyum dan tenang




Jauh di sudut hati ini

Tak ingin lemparkan setitispun sengsara

Dari setiap pesan yang ku curahkan

Agar menjadi cahaya untuk kau berjalan

Di laluan yang gelap sendirian

Berdepan dengan setiap ujian

Tanpa perlukan bantuan dan teman

Disepanjang kehidupan



Namun

Terkadang terluncur juga kata-kata berbisa

Meninggalkan parut-parut tersisa

Walau niatku terpancar suci

Tak selalu nampak berseri





Jauh di sudut itu

Aku sentiasa melihatmu

Tiap lagu menjadi nyanyian mu

Selalu bernada sendu

Dan

Aku jadi kelu




Jauh disudut itu

Aku sentiasa melihatmu

Tiap bicara kau bersuara

Ada tawa ada bahagia

Aku terasa lega



Biarpun aku selalu di sudut sana

Aku tetap ada di situ

Kala kau lihat gelap malam

Atau terluka dicalar duga

Atau mungkin hilang semua gelak tawa

Yang pernah dicipta

Aku akan hadir menemani

Akan kuberi dian sekali lagi

Untuk kau lalui kembali

Jalan malam ini sendiri

Supaya menjadi berani




Supaya terus hadapi segala kesulitan

Kerana dunia ini memang begini

Hanya ada pelajaran dalam pengajaran

Untuk kau guna di masa depan



Percayalah

Aku tak minta difahami saat ini

Suatu hari nanti

Saat jalan-jalan bahagia kau miliki

Aku takkan lagi menemani

Tak bisa menjadi penjaga hati

Yang sering memerhati

Kerana aku harus pergi

Jalani hidupku ini...



Cinta Dongeng Kita.





Ingin aku luahkan

Tapi entah apa

Hati sarat ingin berbicara

Namun selesa memendam rasa


Aku jadi diam

Hingga sukar kau selam

Tertanya-tanya aku sendirian

Mengapa kau terlalu melukakan

Mengapa kau sering . . .


Ah. . .

Aku perlu menangis

Air mata enggan menitis

Hina sangatkah aku

Hingga kau hukum aku begitu


Aku pernah bicara

Dan kata ku tetap kekal sama

Kau persiskan aku watak mainan

Sedang cintamu juga bukan kepastian


Kau . . .

Jalinkan saja hatimu itu

Pada yang sedang kau rayu




Aku. . .

Teruskan dongengan ku

Tentang watak tentang cinta

Yang tak punya rupa

Yang tak punya rasa

Yang tak punya apa - apa

Dapatkah kau mengerti hati ini

Setelah satu persatu ruang yang ku beri

Tidak satu pun kau hargai

Semuanya kau biarkan kosong sunyi

Tanpa warna-warna bermakna pelangi

Sekadar dijamah waktu berlalu pergi



Dapatkah kau mengerti

Setiap detik yang kau miliki

Ku beli dengan harga yang sia-sia diberi

Melangut sendiri hingga rindu tiada henti



Terkadang aku jadi jemu

Bagai dipermainkan waktu

Hanya untuk kamu

Kepentinganmu

Kebahagiaanmu

Kesepianmu

Keinginanmu

. . .demi kamu. . .



Terkadang aku mampu lupakan itu

Terima segala perilakumu

Lupakan segala senduku

Walau rajuk ku mula kecamuk

Walau duka ku kian meremuk



Kamu. . .

Terlihatkah luka dimata hatiku

Tercarik-carik dikais duka beribu

Tidak secalit penawar pun yang kamu sapu

Membasuh kudis-kudis yang tersisa

Aku masih gagah membalut luka itu

Masih mampu celikkan rasa melihat kau bahagia

Masih mampu membaca isi hati firasatmu berkata

Masih boleh itu dan ini demi kamu



Bukan kerana aku dungu

Bukan kerana pendek akal ku

Tapi kerana kau sebahagian dari kehidupan ku

Sebahagian dari hari-hari ku

Ibarat helaan nafas ku

Umpama degupan jantung ku



Haruskah aku merayu

Sedekahkan aku kejujuranmu

Menemani waktu suka duka ku

Atau harus aku menagih padamu

Ruang ikhlas saat kau bersamaku

Agar kau hargai kewujudan ku

Bercerita tentang kita

Tentang cinta

Tentang rasa



Sesekali

Aku ingin kau fahami bahasa puisi ini

Sesekali juga

Aku ingin melihat kau berada di depan cerita ku

Memahami setiap bait suara hatiku

Menemani seperti mana setianya aku disisi

Sentiasa mengerti dan memahami

Segala yang tersembunyi



Sudah lah

Sungguh aku lelah

Setelah jiwa ku terluka kecewa

Mata hati ku menjadi buta

Enggan ku lihat lagi ruang hati mu disana



Palung hatiku sudah tiada cahaya

Kerana pintu itu tertutup sudah

Mungkin untuk selamanya

Berkata Aku Pada Hati

Berkata aku pada hati
Apa sebenarnya yang kau mahu
Jelaskan jelas - jelas pada aku
Agar aku benar - benar tahu

Berkata aku pada hati
Yang mana satu kau suka
Dua - dua jalan ada depan mata
Pilih - pilih lah
Asalkan kau baik - baik saja


Berkata aku pada hati
Arah mana kau ingin pergi
Nanti - nanti bahagia yang pasti
Kini derita hari - hari
Fikir - fikir sendiri
Rasa - rasa apa patut kau kecapi
hati kau , kau je yang tahu . .
apa yang hati kau mahu ~
                                              

Cintai Dia Yang Mencintaimu


Berapa ramai daripada kamu yang pernah putus cinta ? wany percaya, dalam sepuluh orang, sembilan darinya pernah putus cinta. . . termasuk wany lah tu ~

Dia cintaku yang terakhir. Aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama ~
Jujur , pernah tak kamu cakap macam ni pada diri sendiri ketika asyik dilamun cinta ~ wany PERNAH !

Kemudian ditakdirkan kamu bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang kamu angankan selama ini. Kecewa. Merana. Membawa hati yang luka. Lalu berjanji pada diri bahawa kamu akan pelihara cinta dan kasih sayang kamu hanya untuk dia. Sungguh-sungguh kamu  mahu mengunci pintu hati agar tidak dapat dimasuki sesiapa pun. Apa kamu rasa, kamu bahagia kalau kamu buat begitu ? Berbaloi  kew ?

Buka mata dan lihat pula hidup si dia yang buat hati mu sengsara, apa kisahnya ? Bukankah hidupnya baik - baik saja bersama teman-teman keliling , sedang kamu menyeksa diri, makan entah ke mana , kerjaya juga terabai begitu sahaja. Hidup sudah tidak serupa hidup. Sampai bila mahu dipenjarakan hati dan jiwa itu demi lelaki yang tidak mampu atau juga sebenarnya tidak mahu membahagiakan mu ?

Andainya ada antara kamu orang yang sebegini rapuh, bangkitlah kembali dan jadi kuat demi untuk bahagia kamu sendiri. Bahagia itu kita sendiri yang corakkan. Bebaskan diri dari belenggu cinta yang sia-sia. Tuhan tidak akan pernah berkata tidak kepada setiap permintaan kita , insyaAllah , semua akan diperkenankan. Lambat atau cepat sahaja yang membezakannya.

  wany; pernah serapuh itu. Malah, mungkin lagi rapuh dari apa yang wany bayangkan. Tapi, sebenarnya pada permulaan fasa kecewa sahaja kita jadi manusia yang serapuh-rapuh manusia dan seiring dengan masa yang berlari, kamu akan pulih , kamu akan jadi orang yang lebih kuat , dengan syarat, jangan terus - terusan jadi BODOH. Kamu mesti bina kekuatan untuk bergerak ke hadapan , mesti kena ada usaha untuk melupakan , jangan terus membelenggu diri dengan cinta yang konon-konon suci , setia membuta tuli ~ cuba kamu fikir kn sejenak  apa berbaloi kew kamu meletakkan setia kepada si dia yang sudah tidak cintakan kita?

Pada suatu waktu yang benar-benar tepat, di suatu tempat yang benar-benar indah, Tuhan akan hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup mu, yang mampu membuatkan kamu bahagia .. kata orang ; cintailah dia yang lebih mencintai mu, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta mu terhadap dirinya. setelah itu nanti kamu akan merasa lebih bahagia.

Tak payah lah dilayankan sangat merana dan lara hati itu lama-lama , bila kelak hadir insan yang mampu membahagiakan kamu , hargai lah dia, bersyukurlah dengan segala kurnianNya.


Usah diingatkan sangat akan cerita semalam yang telah jadi sejarah, usah pula terlalu obses menilik masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti akan terang - kelamnya , tapi , berbahagialah dengan hari ini yang telah Tuhan kurniakan untuk kita ~

kerana cinta kn mu !

Kerana aku mencintaimu, 
maka aku ingin menjagamu

Kerana aku mencintaimu, 
aku tak ingin terlalu dekat denganmu


Kerana aku mencintaimu,
 aku tak ingin menyakitimu


Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak


Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.


Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….


Semua itu kerana aku mencintaimu
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.



Lantaran. . . 

Ada kekasih yang membuktikan cintanya 
Dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan 
Yang meluluh lantakkan harga diri
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta


Namun bagiku
Aku mencintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan kerana ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu


Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan kerana ku membencimu
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku
Menjaga kesucianmu dan kesucianku
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku


dak kecik ! kira cm sblum n slepas ler nie.hihi
 
budak comot ! hihihi




mesti kowng pelik kn asal lak tiba-tiba je wany post pic dak kecik nie ..bf ? oh No! tidak sme sekali k..emm.. actlly nie best fwnz wany ler ..nak tahu x nape tiba-tiba je wany post pic dak kcik nie.. coz wany suka sangat buli dak kcik nie! hihi.. nak taw nape ? coz wany suka tengok muka dak kcik nie malu-malu bila kena buli..hihihi..jahat kn wany !

haa! lagi satu, wany rasa wany dah x mau r panggil dy dak kecik wany rasa nak panggil dy dak comot lak ! hihi..rasa-rasa k tak kawan-kawan ? cuba tengok btul-btul pic dak  kcik tu..comot kn ? hihi..

emm..tapi comot-comot dy pun x per! wany x kisah...nak tahu lagi skli x nape ?

coz dy nie baik aty sangat-sangat..wany selesa sngt kawan ngn dy aw..even kitorang bru je knl tp tak tahu ler nape wany rasa dy nie senang faham wany brbandng yg lain !

beza kot dak comot nie dari yg lain ? susah aw wany nak post n story sal someone kt blog wany nie..siap post  pic dy sgla..hihi..konon-konon cm serangan brani mati r nie..hahaha..
tapi jangan salah k kawan2..just friends k ! x lebih dari tu ... haa! pesanan wany untuk dak kecik tu law dy tiba2 tbca blog wany nie kn   sory sngt2  ler law ada tksr bhsa n tersilap kata ..hihi..haa! lagi satu wany dah tukar dah nme dak kecik kpda dak comot ! comeyy  kn? hihi..pasni jangan nak mintak tukar-tukar  nme lagi k.
k ler nanti law ada mase  wany story g sal dak kecik nie k! Oopss..slp..dak comot..hihi..
k ler night kawan-kawan..
Salam...

 


           


Wednesday 16 November 2011

17 years old ! budak comot ..hihi

 Time nie umur wany baru 17 tahun
kata orang time umur camni ler kita baru nak start kenal dunia kn..
 macam-macam benda yg kita nak ! bila tengok mmbr beli baju baru ,kita pun nak baju baru!
bila tengok mmbr pakai fon yang canggih2 ckit  kita pun sbuk ler nak bodek mak ayah nak dapatkn fon cm2 jugak..hihi..lawak pun ada kn bila difikirkan balik apa yang pernah kita laluai time2 sek dulu..cam2 kita nak cuba..cian parents kita kn ! ... emm..tapi yang paling teruk  wany rasa bila kita strt nak kenal erti cinta monyet  ..huhuhu..memang wany akuai lah , wany pun tersangkt jugak ngn cinta monyet tu..hihi..biasa lah tu kn..nama pun budak baru strt nk kenal dunia kn!

tapi wany syukur lah sangat2.. selama wany kat sek dulu yg wany kenal semua nye laky..bukan jantan !
huhu ..k2..tak mau lah cte sal sek g..nty kantoi lak rahsia budak comot nie! hihi

 k2..cuba tengok pic yg kat bawah nie pulak !
emm..nie ler wani sekarang ..19 years old..hihi
rasa-rasa nya ada pbzaan tak ??

19 years old ??
banyak yg dah brubah tahu x ?
wany bukan dak comot lagi...
banyak yg wany dah belajar bila wany start kenal dunia luar !
behavior manusia yg bermacam-mcm ragam !
tapi  wany syukur sebab wany dapat belajar suatu yg baru tahu selama
stahun wany kat sini...
doakn wany yea kawan-kawan moga 1 hari
nanti wany dapat capai
sgla keinginan yg selama nie yg
wany impikan..


19 years old

Tuesday 15 November 2011

aku wanita biasa !

 
aku wanita biasa punya hati n perasaan ..aku bahagia sebab aku mampu jadi diri sendiri,,aku tak kisah apa orang lain nak cakap tentang aku..yg pntng aku kenal siapa aku.. tu pun dah lebih dari cukup kowt ! untuk aku bagi seribu 1 alasan  yg memng ak bangga jadi diri sendiri.

rndu ibu n abah ..

rindu sangat-sangat  kat maa ngn abah..
sayang maa ngn abah sangat-sangat..
kalau wany dah  kerja  nanti wany nak balas jasa maa ngn abah
wany nak bwak maa ngn abah ke tanah suci Mekah..
itu janji wany untuk maa ngn abah..


kalau maa ngn abah nak tahu tiap-tipa hari stiap kali lepas solat
wani selalu doakn maa ngn abh..moga maa ngn abah dipnjngkn umur
agar wany dapat balas semua pengorbanan maa ngn abah selama nie
..
maa n abah..doa kn wany yea..
doakn wany agar wany sentiasa jadi manusia yg berguna
didunia dan diakhirat jua..
kalau ditakdirkn satu hari nanti wany dah betul-betul  berjaya
wany janji ngn maa n abah wany kn tunaikan janji wany slma  nie.
apa yang wani tahu,.tanpa maa n abah mungkin wany tak kan pernah wujud kat dunia nie ..
maa n abah lah segala.galanya bagi wany..wany x kisah kalau satu hari nanti wani terpaksa hilang segala-galanya asal kn maa n abah ada ngn wany wany dah xkisah dah sal lain..

ya Allah jangan  ler kau ambil nyawa kedua ibu bpa  ku ya ALLAH.. sesungguhnya  aku amat menyayangi kdua-duanya  ya Allah..


wujud kat dunia nie..

comey nyeeeeee !

V
cute nye..


kadang-kadang cara yg paling mujarab untuk  hiburkn hati sndri tengok ler pic2 cmni..hihihi
sejuk je hati rasa..
hanya  ingin  kau tahu !


 saya  terpaksa belajar terima  semua  kenyataan yang pahit sebab sya betul-betul ikhlas menyayangi wak !
susah sangat ke wak nak faham semua tu wak ?????

miss u !

tiap kali bila saya terfikir tentang awak..tiba-tiba  hati saya rasa sedih !  kenapa  saya yang kena  tanggung semua nie  awak ??
saya nak  awak   tahu  saya  memang sayang kn  wak..saya   perlukan  awak,  tapi  saya  tak  boleh  nak terus  camni wak..saya  tak  boleh  nak terus  tipu  diri  sendiri !  saya  tak kuat   stiap  kali  saya  berhadapan ngn wak..wak  terlalu baik untuk  saya,,,

kalau saya  terus  terang ngn wak  sekarang ,saya  takut kalau   wak tak mampu  nak  teruskn kehidupan wak tanpa  sy !
saya takut sangat kalau satu hari  nanti wak kn benci saya  bila wak tahu perkara yang sebenar ..
saya takut semua  tu berlaku wak ! wak selalu cakap ngn saya  wak  tak  tahu cmne  nk teruskn kehidupan wak  kalau 1 hari nanti  saya  tinggalkn wak ! saat tu saya  memang tak mampu nak  cakap apa-apa ....

wak andai  satu hari nanti kalau wak tahu perkara yang sebenar, saya nak wak tahu  tak pernah sedetik pn kat hati saya  nie  nak lukaikan hati wak....wak pun tahu kan camne sayang nye saya  kat wak..cuma saya  keliru je ngn prsaan saya ...wat masa sekarang saya x dpt nak  beza kan   antara cinta n sayang dalam  hati saya nie !!!!!! saya  tahu  kalau saya terus  terang ngn wak  sal  semua nie  wak mesti sedih kn ??

saya  tak nak tengok wak sedih ! saya tak  sanggup  nak tengok wak  nangis  sebab saya ..sy memang tak  kuat untuk semua tu wak..