..Story From MissZ T_E...

..Story From  MissZ  T_E...

Friday 18 November 2011

kerana cinta kn mu !

Kerana aku mencintaimu, 
maka aku ingin menjagamu

Kerana aku mencintaimu, 
aku tak ingin terlalu dekat denganmu


Kerana aku mencintaimu,
 aku tak ingin menyakitimu


Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak


Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.


Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….


Semua itu kerana aku mencintaimu
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.



Lantaran. . . 

Ada kekasih yang membuktikan cintanya 
Dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan 
Yang meluluh lantakkan harga diri
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta


Namun bagiku
Aku mencintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan kerana ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu


Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan kerana ku membencimu
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku
Menjaga kesucianmu dan kesucianku
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku


No comments: