hari ini kian berlalu sehinggakan kita tidak sedar apa yang telah berlalu dan apa yang telah dilakukan..
ia bagaikan angin lalu yang menghembus melepasi kita tanpa meninggalkan kesan..
pernah kah kita merenung dan berfikir sejenak apa yang telah berlalu dan apa juga yang telah kita bazirkan..
sekiranya kita semua belum melakukan semua itu sedarlah bahawa setiap saat yang telah kita bazirkan itu adalah emas..
andai kita gagal dan lalai maka tewas lah salah satu langkah kita..
Ramai sahaja diantara kita terlepas daripada keindahan matahari di ufuk timur..
tidak sedarkah kita..
kejayaan itu muncul sekiranya permulaan pagi yang indah itu kita hargai dan kita nikmati..
Ramai orang berpeluang melihat matahari terbenam..
tapi tidak semua dapat melihat suria yang menyinari pagi menandakan bermula nya hari..
padahal suria di pagi hari itu permulaan segalanya..
berbanding matahari terbenam yang bermaksud berakhirnya hari yang telah berlalu..
sekiranya kita renungkan hari-hari yang kita laluai ..
percaya dan yakin lah bahawa di mana hari yang cemerlang itu bermula dengan permulaan hari yang indah..
sekiranya kita terlepas untuk menikmati semua itu..
kita pasti telah rugi menikmati keindahan dunia dan kebesaran NYA...
No comments:
Post a Comment