..Story From MissZ T_E...

..Story From  MissZ  T_E...

Wednesday 23 March 2011

KENANGAN SEMALAM..

Entah kenapa, sehingga ke saat ini aku masih gagal untuk melupakan dia.
Malah kadangkala rasa rindu tetap bertandang tanpa segan,tanpa di undang
bertahun -tahun kenangan ini telah berlalu..
tapi  aku  masih begini, bersama kenangan yang menyakitkan..

kadang-kadang aku sesali pada sebuah pertemuan.
aku sesali tindakan aku dalam mencipta angan impian sendiri.
cuba menyulam kasih dengan benang yang rapuh dan jarum yang patah.

Aku tahu ia tidak mungkin.
tapi kini aku cuba kerana percaya pada diri sendiri.
kini aku bersedia menerima padahnya.
kini aku tahu bahawa aku terjerat dengan perangkap yang aku pasang sendiri.

No comments: