..Story From MissZ T_E...

..Story From  MissZ  T_E...

Monday 25 June 2012

~ Harapan seorang abah ~




emm...abah buat semua itu sebab abah sangat SAYANG kan wany. Abah buat semua tu, sebab Abah nak “JAGA” wany. Abah nak wany jadi wanita yang punya “HARGA” diri. wany hak MUTLAK abah. Abah berhak membentuk wany dan menjaga wany untuk menjadi wanita yang baik. Abah mempunyai hak yang besar ke atas wany. Abah jaga wany sebaik-baiknya ibarat permata untuk di “pass”kan permata itu buat lelaki yang benar2  layak untuk memiliki wany kelak. 

 wany ada juga  bayangkan, seandainya abah wany seperti abah orang lain ..entah apa jadi dekat wany sekarang pun wany tak tahu . “ Begitu juga dengan diri wany, jika tidak mengambil berat tentang hal ini, dimanakah “tempat” wany meletakkan Abah yang selayaknya..


Konsepnya mudah. Cuba anda bayangkan diri anda mempunyai sebuah kereta FERRARI. Anda jaga kereta FERRARI tu baik2. Yela, kan kereta FERRARI tu anda yang punya. But then, keesokkan harinya, ade sorang laki datang umah anda, nak mintak izin pinjam kereta Ferrari. Dua situasi mungkin berlaku disini:

Situasi A : Anda berkata dalam hati, amboi3.. aku punya kereta Ferrari, sedap2 je kau nak bawak plak.

Situasi B : Anda bagi lelaki tersebut meminjam kereta Ferrari anda. Tapi orang yang pinjam Ferrari anda tu dengan penuh bajet dan berlagaknya ke hulu ke hilir membawa Ferrari anda, buat kereta Ferrari tu macam dia yang punya, sedangkan kereta itu bukan milik dia, maka, apekah perasaan anda? Geram dan menyampah tak?


So, situasi yang sama jugak berlaku. cuba bayangkan  anda itu sebagai seorang bapa, Ferrari sebagai anak perempuan, dan orang yang pinjam tu adalah teman lelaki kepada anak perempuan anda. Haaa nampak tak?

Wanita-wanita diluar sana,

pernah tak kita tanya diri kita, adakah kita benar-benar telah menunaikan hak lelaki yang bergelar AYAH dalam hidup kita? Pernahkah kita mengangkat darjatnya sebagai seorang lelaki yang wajib kita patuhi dan ikuti perintahnya? Bagaimana pula dengan darjatnya sebagai seorang Wali kepada kita (anak perempuan) kelak???

 Adakah kita lebih mendahulukan hak lelaki lain (yg belum  lagi confirm jadi suami kita) daripada hak seorang ayah? Adakah kita lebih mendengar kata-kata seorang lelaki yang belum confirm jadi suami kita daripada kata-kata seorang ayah?  pernah tak kita tanya pada diri kita sendiri..
adakah kita ni seorang anak yang baik buat ayah kita ??

               
 Sebab itu, wany sedikit pun tak merungut apatah menyesal memiliki seorang ayah seperti  ABAH. Sebab abah menunaikan hak dirinya ke atas wany. Abah jaga, didik, dan kawal wany agar wany menjadi wanita yang tahu menjaga maruah diri wany sebagai seorang wanita ..

 wany tahu, abah akan jaga wany sebaik mungkin dan hanya menyerahkan wany kepada seorang lelaki yang benar-benar selayaknya untuk wany, untuk abah menyerahkan amanah dan tangunggjawab yang pernah dipikulnya sebelum ini.

 Kita pun sedia maklum, hukum alam, sesuatu yang  amat kita  sayang, pasti ia  nya kita akan jaga  sebaik mungkin kan. ,.Kita takkan biarkan sesuatu yang kita sayang mudah-mudah dilihat, dan disentuh oleh  orang yang tidak sepatutnya. Apatah lagi melihat sesuatu yg kita saya sayang dan sesuatu yang hak milik kita dirosakkan!! Begitu juga nilai seorang anak perempuan bagi seorang ayah,


baik anak perempuan itu dijaga sebaik-baiknya, dihiasi  dengan didikan agama, diserikan dengan akhlak yang baik supaya menjadi sebaik-baik, secantik-cantik, dan semulia-mulia wanita disisi Allah.
so ..harapan wany .. jadilah seorang gadis yang punya harga diri. Jadilah anak gadis yang “mengiktiraf” hak seorang bapa.  Sayangi bapa anda, dan make he loves and cares about you...

mungkin juga  wany  tak sebaik  wanita yang dekat luar sana  ..  dan tak sesempurna  seperti yang abah harap kan ...
tapi wany janji dengan  abah ..
yang wany kan jaga maruah diri wany seperti yang abah harap kan ...
itu janji wany ....
wany tak akan sia-sia kan kepercayaan yang pernah  abah  berikan pada wany  selama ni ..


yang baik itu semua nya datang dari ALLAH ..
yang buruk tu  datang nya  dari diri wany sendiri ..
insyaallah ..wany cuba perbetulkan apa yang wany rasa salah selama ni....


''menulis sekadar untuk meluah" 
~ coretan si gadis kecil ~



No comments: