..Story From MissZ T_E...

..Story From  MissZ  T_E...

Friday 6 April 2012

~ sepi itu indah ~




perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian 
atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya
 jua suatu hari nanti..
 Atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, 
dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?



Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, 

ketahuilah sepi itu indah. 
Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan 
yang lahir dari hati anda sendiri,
 itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. 

Kala itu,  sepi lebih indah dari sebarang bunyi...



 


Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari,


 walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram,
 mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku,
 bukan sepi yang membuat anda sengsara. namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah..



 pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.
Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, 

hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi.




Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.
semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran..

 mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya .


 aku  menulis sekadar untuk meluah....
maaf andai ada yang terasa...

No comments: